TWITTER: Pembunuh Blog

Assalamualaikum wbt.

Teringat zaman saya berumur dua belas tahun, di mana selain pengguna Friendster dan Myspace, para blogger juga mendominasi laman internet. Zaman kegemilangan weyh masa tu. Waktu tu saya suka sangat membaca blog Hanis Zalikha dan Blog Serius. Wajib check setiap kali habis sekolah.

Malangnya, zaman sudah berubah. Hanis Zalikha sudah lebih kurang dua tahun tak update blog selepas berumahtangga dan menjual tudung keknis. Kalau Blog Serius dulu dapat 40-50 komen per entri, sekarang dapat kurang daripada 10 komen.

Kalau video pun, mana orang nak tengok video yang panjang-panjang sekarang. Paling lama pun satu hingga dua minit sahaja. Termasuklah saya. *muka bersalah* Why? Because it’s a content-driven world nowadays. Pictures, videos, information, and advertisements are shoved in our faces almost every second we are on the internet. We have dozens of Whatsapp group chats. It jams our brains and makes us become choosy in what we give our attention to. That’s why I will be screenshotting this post and featuring it on my Instagram story, because I know people will be too lazy to actually click on my blog link to read the entry. Kalau tak, korang layan blog style Buzzfeed je (simple, in point form, and visual-heavy).

Antara blog yang orang masih layan nowadays adalah blog Vivy Yusof. Itu pun sebab beliau seorang fashion icon / entrepreneur, dan bukan hanya terkenal semata-mata kerana penulisan beliau. Tapi entri beliau memang menarik pun. Her posts are full of colourful personality, and most importantly, she updates regularly. Boleh dikatakan Vivy meng-update blog beliau sekurang-kurangnya satu post setiap minggu. Tetapi MENGAPA? Bagaimana seorang businesswoman yang teramat sibuk boleh rajin update blog sedangkan ramai blogger sudah lama mengucapkan selamat tinggal kepada dunia blogosphere?

Sebab beliau takde akaun Twitter.

Itu teori saya lah. Terpulang kepada anda lah nak percaya ataupun tidak 😛

I think, that Vivy is an avid writer, just like me. She posted this quite recently:

I haven’t blogged for weeks and let me tell you, I was one of the grumpiest versions of me. I just cannot… I need to blog, I need to write, I need to pour my creative juice into this Word document. Seeing a blank white space get filled up with this black font, it just excites me and I can already feel my battery being charged. There’s just this sense of belonging when I come to Proudduck, a sense of security and comfort when I write in my blog, and I sometimes wonder at what hour of the day can I steal time to just even write “Hi. Bye.” on my blog.

Beza saya dengan beliau? Saya merupakan seorang Gen-Y tipikal yang mendahagakan ‘instant gratification’. So I’ll instantly tweet anything that crosses my mind, then keep checking for replies, likes, and retweets for the next 30 minutes. Teruk kan? TT___TT Kalau anak saya nanti macam mana lah agaknya? I hear Facebook is working on technology to read our minds for us so that we don’t have to manually post our status updates. Which brings creepy to a whole new level.

bad-twitter-etiquette

Orang mana tulis entri kat blog dah. Sekarang orang buat thread kat Twitter je. It makes it so easy to take something out of context and misunderstand it. Dahlah susah nak archive tweets / cari balik tweets lama.

Sebenarnya saya dah sangat muak dengan Twitter. Lagi-lagi Malay Twitter. Tak habis-habis bergaduh, bergaduh, dan bergaduh. Bash orang, memfitnah, menghina agama, etc. Pencemaran otak level 70000. Tapi susah sangat nak quit. Jadi tiada beza lah saya dengan penagih dadah, sebenarnya :’)

Saya berharap agar dunia blog tidak akan mati.

Ilusi Media Sosial

Assalamualaikum w.b.t.

fb

Zaman sekarang ni, ramai orang tak bersyukur dengan kehidupan masing-masing. Kenapa? Sebab ada media sosial.

Bila bukak media sosial, terus nampak…

Gambar orang bergembira dengan keluarga diorang, meluangkan masa bersama.

Gambar orang beli baju / kasut / beg yang cantik dan berjenama. Tak pun kereta Audi.

Gambar orang pakai selempang pink sebab dapat Anugerah Naib Canselor.

Gambar orang kahwin muda, post caption sweet-sweet.

Gambar orang yang naik pangkat jadi boss di tempat kerja.

Gambar orang yang ada dua orang anak yang terlebih comel.

Gambar orang yang kerap bercuti di luar negara (lol).

Masalah kita ialah, apabila kita nampak semua tu sekaligus walaupun scroll kat feed kita untuk sepuluh minit saja, kita rasa macam nak SEMUA benda tu, PADA MASA YANG SAMA. Kita nak keluarga bahagia, barang berjenama, kejayaan akademik, kemanisan cinta, kerjaya yang hebat, anak comel, nak travel sana-sini, PADA MASA YANG SAMA.

Padahal kan,

Orang yang ada keluarga bahagia tu mungkin menghadapi masalah kewangan.

Orang yang banyak harta tu mungkin sudah bertahun tak bersua muka dengan adik-beradik.

Orang yang berjaya dalam akademik tu mungkin sedang menghadapi penyakit kritikal.

Orang yang kahwin muda tu mungkin hari-hari bergaduh di sebalik tabir.

Orang yang naik pangkat jadi bos tu mungkin sedang menghadapi kemurungan kerana kematian orang tersayang.

Orang yang mempunyai anak yang comel tu mungkin ditikam belakang oleh rakan-rakannya.

Orang yang bercuti di luar negara tu mungkin repeat semester sebab dapat result teruk.

Sebenarnya, media sosial itu hanya ILUSI. Saya nak guna perkataan ‘PENIPUAN’ sebenarnya tapi macam ekstrem sangat pula haha. Feed yang cantik hanya ilusi. Saya tahu, sebab feed saya cantik meletops 😀

But in all seriousness… social media isn’t a lie, but it isn’t the whole truth. Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? We only see the glamorous, sweet, fun side of people’s lives but we do not see the ugly, blood-stained, depressing part of their lives. Apa yang dipaparkan di media sosial hanya PAMERAN.

Kadang-kadang orang post gambar yang happy hanya semata-mata sebab nak followers dia rasa macam kehidupan dia happy. Padahal tak. Ini realiti generasi muda. We do things not with our heart, but for the sake of likes, reposts and followers. And we can’t stand seeing people have what we don’t have. Saya pun sama.

Saya pernah jadi jurugambar satu event ni. Waktu event tu, ada kekacauan yang tidak diduga. Sampai ada yang menjerit-jerit dalam masjid, doorgift berterabur, salad di atas meja terbalik dan sebagainya. Saya pulang ke rumah dan berjaya menyiapkan video montaj untuk event tersebut. Dalam video tu, semua orang bukan main lagi bergelak tawa, macam tiada masalah yang berlaku, lagi-lagi bila saya dah masukkan lagu. Sampai orang yang tak hadir ke event tu tapi tahu tentang masalah yang telah berlaku, terhibur tengok video tu sebab semua orang nampak happy je!

Faham tak??? Pretty Instagram feeds can be very dangerous. Approach with caution.

(But, personally, I see my Instagram feed as my ongoing work of art / a huge creative project. I’m an artsy person, I can’t help liking pretty things and wanting to make pretty things! I’m sorry if I attract ‘hasad’.)

Tapi, percayalah, Tuhan menguji semua orang. SEMUA ORANG. Sebab dunia bukan tempat untuk berehat tetapi dunia merupakan ujian. Tapi takkan kita nak post perkara buruk dan menyakitkan hati kat media sosial kot? Okay, ada je orang yang suka post… tapi dia bukan sahaja membuka aib keluarga/kawan-kawan/pasangan/organisasi tapi membuka aibnya sendiri.

Konsep rezeki itu sangat sangat sangaaaat subjektif.

Sebagai contoh, Nabi Ibrahim a.s. dibakar dalam api yang menyala-nyala setelah menghancurkan berhala-berhala yang disembah oleh ayah dan kaumnya. Bayangkan kau dihukum kena bakar dalam api besar. Confirm menangis tak berlagu. Sebab secara zahirnya dia nampak macam DUGAAN BERAT. (Maaf, banyak kali pulak pakai caps lock dalam entry kali ni)

Tetapi api tersebut menjadi dingin dan menyelamatkan Nabi Ibrahim. Sebab Nabi Ibrahim menyebut, “Hasbunallahu wani’mal wakiil” yang bermaksud “Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Allah sebaik-baik Pelindung”. See? Dugaan yang dianggap berat tu lah yang menyelamatkan dia. Api besar itu rezeki Nabi Ibrahim rupanya. So bersangka baiklah dengan Allah saat kamu diuji dengan dugaan yang berat.

Beberapa jam lepas, saya menerima e-mel daripada UiTM. Alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir semester 3 memuaskan hati. Moga kita semua redha dengan pemberian-Nya selepas berusaha dan bertawakkal. Rasulullah s.a.w. pun pesan untuk ikat unta dulu, baru berdoa (agar unta tak hilang).

Saya akhiri post ni dengan satu mesej yang saya dah terima beberapa kali di WhatsApp:

“Rezeki dalam hidup kita lain-lain.
Ada orang.. Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.
Ada orang.. Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.
Ada orang.. Rezeki dia, ada anak-anak yang baik, yang sedang hafaz Al Quran.
Ada orang.. Rezeki dia, dapat solat berjemaah di masjid setiap waktu.
Ada orang.. Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.
Ada orang.. Rezeki dia, dapat melancong sana-sini.
Ada orang.. Rezeki dia, busines maju dan bertambah maju.
Ada orang.. Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.
Ada orang.. Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran.
Ada orang.. Rezeki dia, ahli keluarga masih ada disisi.
Ada orang.. Rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami.”

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim 14:7)

Do share this article with your friends who scroll through their Instagram feeds while complaining about life, or leave a comment below to share your opinion!